Buku

Kita Ini Penumpang Dunia

Penulis: Jais Sahok

ISBN: 9789674604028

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kita Ini Penumpang Dunia ialah suara kesedaran jiwa yang masih terus mencari dan memikirkan, mentafsirkan, mentasdik dan menghitung bibit-bibit dan erti seni kehidupan.

Gugah ilham dan percik kata, tersusun dalam bait-bait yang memberikan pertimbangan kepada segala elemen puisi agar terhasil suatu karya yang bermakna dari segenap sudut estetika bahasa, sastera, ilmu dan pengalaman keagamaan. Pengarang percaya bahawa karya yang baik, berkesan, relevan ialah karya yang memberikan keempat-empat estetika yang dinyatakan itu.

Puisi-puisi dalam buku ini terlahir daripada kesedaran bahawa keindahan bukan hanya wujud dalam bentuk sahaja, bukan sahaja dalam isi kandungan dan bukan juga pada kesan semata-mata. Kesan luhur mestilah terhasil daripada bentuk dan isi kandungan yang luhur.