Buku

Kisah Dongeng Dari Sumhuram

Penulis: Emiree Khidayer

ISBN: 9789674603656

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Penterjemahan

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Negara Oman mempunyai kisah dan lagendanya sendiri yang menyelitkan sejarah kejayaan mahupun keruntuhan negaranya. Selain itu, ada juga kisah yang biasa diceritakan kepada kanak-kanak sebelum tidur dan kisah yang menakutkan sebagai pengajaran. Kisah dalam buku Kisah Dongeng dari Sumhuram mengambil inspirasi dari Oman yang menggunakan beberapa lagenda rakyat sebagai asas melalui olahan sudut pandangan penulis sendiri. Jalan ceritanya berpandukan budaya tempatan. Temanya pula dikembangkan dan adat resam serta ciri semula jadi rakyat Oman turut diselitkan dalam kisah yang dipaparkan. Dalam sesetengah kisah, objek dan simbol tertentu negara Oman juga dimasukkan, seperti kemenyan atau perigi. Dengan berkisarkan objek atau simbol inilah yang membina kisah-kisah tersebut. Selain itu, motif rakyat tempatan turut diselitkan, tidak kira sama ada menggunakan simbol ataupun objek tersebut.

Berlatarkan zaman pertengahan sebelum kedatangan Islam, zaman pertengahan Islam, dan juga zaman moden, penceritaan kisah dalam buku ini menggunakan unsur kesusasteraan Arab yang popular, iaitu cerita berbingkai. Dengan cara ini, tukang cerita mengisahkan keberanian watak tertentu dan mengangkat nilai murni pada watak tersebut yang membawa pendengar ke dunia yang penuh dengan keajaiban dan manusia luar biasa. Setiap kisah diakhiri dengan pengajaran berguna, termasuk mesej yang berkait dengan moral dan mistik, dan mungkin boleh dikaitkan dengan kehidupan harian kita.