Buku

Kemelut Jiwa Merdeka

Penulis: Siti Nur Hidayah

ISBN: 9789674604035

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Aku tahulah kau anak merdeka. Jiwa kau bebas dan sentiasa berfikiran seperti orang barat. Ibu bapa pun hendak dibuat kawan dan dijadikan lawan. Kami dahulu tidak begitu. Kami takut dan hormat akan ibu bapa. Kadangkala hendak bercakap pun tidak berani hendak mengangkat muka apa lagi meninggikan suara. Tapi anak zaman ini lain…”

Kumpulan Cerpen Remaja: Kemelut Jiwa merdeka memaparkan bahan bacaan sastera pelbagai perspektif latar (latar masa, budaya, masyarakat dan keilmuan), watak dan perwatakan, masalah dan pelbagai cara penyelesaiannya demi mencapai matlamat yang dihasratkan, justeru menjadikannya sebuah kumpulan cerpen perjuangan pelbagai dimensi. Himpunan 20 buah cerpen ini merupakan penerusan bibit-bibit kecil penulis muda ini menekuni sebuah demi sebuah, tema demi tema, dan persoalan demi persoalan. Usaha mengupayakan penyelesaian setiap masalah yang diwujudkan dalam kisah masyarakat melalui watak ciptaan dalam setiap cerpen ini menjadi suatu usaha kognitif yang mencabar tetapi mengasyikkan seterusnya melahirkan kisah-kisah yang wajar dibaca, terutamanya generasi muda.