Buku

Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin

Penulis: Nisah Haron

ISBN: 9789830688794

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Travelog

Beli Dalam Talian:

“Jauh perjalanan luas pandangan.” Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin. Penulis melalui buku ini berkongsi rasa bahagia, rasa syukur, dan rasa kepuasan atas keberaniannya yang nekad untuk mengembara secara solo ke benua yang asing buatnya.

Nisah Haron menggunakan sepenuh peluang dan ruang daripada pengamatannya di bumi Eropah untuk dibawa balik serta menzahirkannya dalam bentuk catatan yang boleh dimanfaatkan di tanah air. Perkara yang dititikberatkan adalah cara orang Barat menghargai golongan penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, pelukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, sehingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang ceritakannya. Sesungguhnya buku ini bukan sekadar mengisi kisah kembara, tetapi lebih daripada itu; tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motivasi betapa perlunya pemikiran yang positif serta bersangka baik kepada Allah kerana Dialah Maha Pemberi segala yang difikirkan hamba-Nya.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial