Buku

Kembali Kepada Fitrah

Penulis: Rosmiaty Shaari

ISBN: 9789674303808

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Dalam sebuah hadis sahih ada disebutkan: Innallaha jamilun yuhibbul jamal yang bermaksud: sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia menyukai keindahan. Puisi adalah sebahagian kata yang indah dan punya filsafat yang tinggi untuk dihayati. Memang tidak mudah memahami puisi, apatah lagi puisi yang mengandungi citra yang dimunculkan secara bayangan atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran, iaitu sesuatu yang dibawah atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran, iaitu sesuatu yang di bawah sedar. Ini yang dapat saya lihat dalam keseluruhan puisi Rosmiaty Shaari, sebuah doctrinal poetry, puisi yang punya prinsip pun dapat diterima oleh semua kelompok pembaca. Imej-imej qasidah, suatu bentuk puisi awal yang berkembang dalam kesusasteraan Arab dan kemudian menjadi tapak puisi melayu tradisional, terserap juga dalam puisi-puisi Rosmiaty. - Djazlam Zainal.