Buku

Kemahiran Hidup: Gali, Tanam dan Besarkan!

Penulis: Louise Spilsbury

ISBN: 9789674307387

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Lazada

Bagaimanakah anda dapat menukarkan botol plastik kepada rumah tanaman?

Apa itu menyungkup?

Mengapakah anda perlu “menjarangkan” biji benih?

Adakah anda perlu memperbaik kemahiran belajar-atau belajar untuk menguruskan wang anda? Adakah anda ingin menjadi seorang pengasuh yang hebat, atau tukang masak yang cekap? Kemahiran Hidup dapat membantu! Padat dengan nasihat daripada pakar, tip berharga, kajian kes kehidupan sebenar dan kuiz, buku ini dapat mendorong perkembangan pelbagai kemahiran praktikal dan diri untuk membantu anda berjaya di alam dewasa.

Bayangkan anda mampu memetik dan makan buah yang ditanam sendiri di rumah-atau menghadiahkan sejambak bunga yang ditanam sendiri! Gali, Tanam dan Besarkan! menawarkan garis panduan langkah demi langkah bagi pekebun yang baharu bermula untuk membantu anda mendapatkan tanaman berjaya, iaitu hasil tani yang cantik dan boleh dimakan. Terokai segala perkara yang perlu diketahui tentang penanaman tumbuhan-daripada melukis pelan penanaman hinggalah kepada penuaian buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran anda. Sama ada anda mempunyai tapak tanah atau hanya balkoni kecil, tidak lama lagi anda akan menjamu diri anda, rakan anda, dan keluarga dengan buah-buahan lazat hasil usaha anda.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial