Buku

Kelantan 1977: Politik Dan Pergolakan

Penulis: Rozimi Nasir

ISBN: 9789674603632

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Sejarah

Beli Dalam Talian:

Lazada

Dalam perjalanan politik berkerajaan di Kelantan, negeri tersebut pernah mengalami kemelut perebutan kuasa sesama sendiri yang agak parah. Kemelut yang tercetus itu ialah satu gambaran bahawa dalam politik tiada sahabatt yang kekal menjadi sahabat dan tiada musuh yang selamanya menjadi musuh. Ketika itu Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Kelantan berada dalam gabungan Barisan Nasional. Tetapi akibat daripada kemelut tersebut, PAS akhirnya telah membawa haluan sendiri dengan meninggalkan Barisan Nasional. Kemelut yang tercetus itu berpunca daripada undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Kumpulan 20 terhadap Menteri Besar Kelantan pada masa itu, Dato’ Mohamad Nasir. Tindakan yang dibuat oleh Kumpulan 20 ini akhirnya membawa kepada beberapa siri demonstrasi yang dibuat oleh rakyat Kelantan bagi menzahirkan sokongan mereka kepada Dato’ Mohamad Nasir.

Buku yang ditulis oleh Rozimi Nasir ini sesuai dibaca bagi memahami krisis yang berlaku di Kelantan. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal keselamatan negara dan anak jati Kelantan, sudah tentu penulisnya sangat memahami krisis yang berlaku di Kelantan pada waktu itu.