Buku

Ke Pulau Sebatik 1

Penulis: Nur Mustika

ISBN: 9789830689258

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Ini kisah saya, Ain Nur dan Pulau Sebatik. Pulau yang terpencil, kaya cerita mitos, budaya sekaligus unik. Sesiapa yang tidak pernah dengar tentang pulau ini, pulau ini terletak di penghujung bahagian Tanah Borneo dan geografi Pulau Sebatik terbelah kepada dua buah Negara, Malaysia dan Indonesia. Aneh dan menarik, bukan?

Saya mahu pulang ke Pulau Sebatik. Sudah tiga semester pengajian saya tidak pulang. Saya sungguh rindukan pulau yang terpencil itu, pulau yang menjadi saksi sejarah penubuhan Malaysia selepas konfrontasi Malaysia-Indonesia, pulau yang menyimpan memori zaman kanak-kanak saya.

Ini kisah saya, Ain Nur dan pulau di penghujung Tanah Borneo, Pulau Sebatik.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial