Buku

Kapal Perang

Penulis: Mohd Ali Salim

ISBN: 9789670869896

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan Cerpen: Kapal Perang, memuatkan 12 buah cerpen untuk tatapan masyarakat Malaysia dan dunia, yang menghidangkan persoalan kebangsaan, dan global untuk cernaan minda generasi baharu. Dengan menggunakan gaya bahasa yang tersusun dan sederhana, pelbagai isu dikupas dengan tuntas dan jelas.

Penceritaan semula beberapa buah kisah lama dalam bentuk versi baharu dalam beberapa cerpen, mampu mengangkat semula martabat dan menonjolkan kekuatan bangsa. Setiap cerpen yang dihidangkan membawa pembaca menelusuri pelbagai isu yang bergelut dalam masyarakat tempatan dan dunia, seterusnya menanam baja kemanusiaan untuk melahirkan generasi yang lebih peka dan cakna terhadap negara dan bangsanya sendiri.