Buku

Kapal Kertas dan Lautan Api

Penulis: Siti Zaleha M.Hashim

ISBN: 9789830688930

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kapal Kertas dan Lautan Api ialah kumpulan puisi ketiga hasil karya Siti Zaleha M. Hashim selepas Camar di Cangkir Bumi (1999) dan Kristal di Laut Bulan (2006). Kumpulan puisi ini melambangkan kegigihan seorang penyair yang tidak pernah berhenti menyaring pengalaman dan mengungkapkannya dalam kata-kata yang amat puitis lagi lembut. Namun ia tetap memberikan kesan mendalam kepada pembaca melalui falsafah yang dikemukakan.

Segala yang dipaparkan ini bukan hanya berlatarkan di sekitar lingkungan dirinya sendiri, tetapi lebih bersifat sejagat tanpa lupa mengetengahkan perihal budaya bangsanya. Daya kreativiti dan sensitiviti Siti Zaleha mengagumkan kerana mampu mengindahkan segala isu luar dan dalam negara dengan harmonis dalam puisi-puisinya. Keindahan metafora yang digunakan meninggalkan kesan rasa dan makna kepada pembaca kerana dipadukan dengan nilai seni dan keindahan.

Begitulah Siti Zaleha melihat kehidupan dengan mata yang peka dan tajam. Menghayati puisi-puisi beliau membawa kita mengenal diri dan makna kemanusiaan.