Buku

Kampung Duyung Ke Gunung Ledang

Penulis: Kasajiza A.S

ISBN: 9789674305222

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kasajiza A.S meriwayatkan kisah hidup Hang Tuah dalam Kampung duyung ke Gunung Ledang dengan menggunakan bait-bait puisi yang indah serta mudah difahami. Kumpulan puisi ini diperikan oleh pensyairnya dengan begitu teliti terhadap episod-episod penting yang mengangkat keperwiraan Hang Tuah.

Kasajiza A.S mengungkap kisah dan perwiraan Hang Tuah bermula daripada mimpi Hang Mahmud (bapa Hang Tuah) sebelum lahir ke dunia lagi. Pengisahan keperwiraan tokoh legenda ini diakhiri dengan episod peminangan Puteri Gunung Ledang.

Telusuri dan cernakanlah setiap bait dalam Kampung Duyung ke Gunung Ledang, dan kita akan menemukan sejarah dan akar bangsa Melayu.