Buku

Kalau Abah Dapat Gaji

Penulis: Nurimas SN

ISBN: 9789674607326

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Cerpen Remaja Awal: Kalau Abah Dapat Gaji ini memuatkan pelbagai tema yang amat dekat dengan kehidupan dan citra anak-anak kontemporari. Kemelut persahabatan, pengorbanan, perpaduan, patriotik dan sebagainya, dimuatkan sarat dengan nilai-nilai murni dan positif yang dapat memangkinkan kendiri pembaca sasaran. Paparan kisah bukan sahaja berkisar kepada figura semasa, malah latar lama yang masih malar segar seperti hobi dan kehidupan di desa. Gaya penulisan mudah dan tata susun cerita telah ditangani sebegitu kemas untuk menjadikannya naskhah wajib baca buat remaja kini. “Sudah banyak kali abah janji, kalau abah dapat gaji abah akan beli basikal untuk nana. Masuk bulan ini sudah empat bulan abah janji. Dulu abah kata kalau dapat nombor satu hingga tiga, abah akan belikan basikal. Nana dapat nombor dua. Cukup bulan abah kata terpaksa bayar hutang kerusi meja..”