Buku

Jumping Jack Flash: Arca dan Instalasi di Galeri Morne

Penulis: U-Wei Bin Haji Saari, Morne Hashim

ISBN: 9789670798622

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 80.00 / 85.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Buku Jumping Jack Flash: Arca dan Instalasi di Galeri Morne atau padanan tajuknya dalam bahasa Melayu, Biarlah Kegetiran Berlalu (Jom Rock ā€˜nā€™ Roll) ini mengandungi 33 gambar seni arca oleh 24 artis/pengkarya seni di Malaysia. Buku setebal 170 halaman ini memuatkan foto koleksi arca yang telah dikumpulkan sejak tahun 90-an dan pernah dipamerkan di Galeri Seni Morne.

U-Wei Bin Haji Saari, penyusun buku ini menjelaskan setiap hasil seni dalam buku ini dipaparkan dengan cara yang bersahaja dan informatif untuk tatapan pembaca. Selain itu, beliau turut memerihalkan mengenai artis atau pengacara tersebut dari sudut pandangnya sendiri.

Antara artis / pengacara yang dimuatkan karyanya dalam buku ini adalah Ali Azraei Bebit, Azahari Khalip, Elias Yamani Ismail, Fadzil Idris, Hasnul Jamal Saidon, Hazrul Mazran Rusli, Khairul Azmir Shoib, Lieu Kung Yu, Mad Anuar Ismail, Mohd Azli Wahid, Nuriman Amri Abdul Manap, Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Ruzaika Omar Basree, Shamiza Abu Hassan, Suhaidi Razi, Sutung Umar RS, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Wan Su Othman (Wan Hanafi Su), Wong Hoy Cheong, Yeoh Jin Leng, Zakaria Awang, dan Zulkifli Yusoff.