Buku

Jenaka Si Darah Legenda

Penulis: Ruhaini Matdarin

ISBN: 9789670869520

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan cerpen: Jenaka Si Darah Legenda memuatkan 12 buah cerpen yang berkisar tentang realiti masyarakat biasa yang menjadi luar biasa setelah ditumpahkan dalam bentuk karya kreatif. Pengarang telah berusaha untuk menulisnya secara santai supaya pembaca bebas menikmati setiap kisah dalam kumpulan cerpen ini dengan perasaan tenang, dan pada penghujung pembacaan kelak, pembaca akan beroleh kenangan-kenangan serta pengajaran dan manfaat yang berguna.

Cerita-cerita yang ditampilkan oleh pengarang dalam Kumpulan Cerpen: Jenaka Si Darah Legenda ini ditulis oleh pengarangnya berdasarkan kisah-kisah yang berlegar di sekeliling kehidupan manusia, agar pembaca tidak perlu susah-susah mengenal pasti peristiwa di dalamnya. Namun demikian, kepekaan dan iltizam pembaca dalam mentafsirkan makna eksplisit setiap cerpen sangat perlu agar setiap satu daripada kisah yang dihidangkan memberikan makna berganda.