Buku

Jelita Seorang Aisyah

Penulis: Sahara Jais

ISBN: 9789674601775

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Jelita Seorang Aisyah merupakan kumpulan puisi yang bertendesikan ketuhanan. Bait-bait puisinya sejernih embun yang gugur di kelopak bunga-bunga kehidupan - begitu menginsafkan diri - begitu mengesankan jiwa. Apatah lagi nukilan ini ikhlas dizahirkan dengan harapan dapat dijadikan sebagai terapi untuk merawat kesedihan mahupun kedukaan.

Biarpun penulis menganggap dirinya ibarat penyair kecil, namun unsur kesufian jelas melatari setiap kelompok puisi yang terdapat dalam naskhah ini, iaitu “Mawar Sakinah”, “Sejadah Muhasabah”, dan “Jelita Seorang Aisyah”.

”...dan jika nanti luluh hatiku dalam luka duka
tak mengerti sembuh dalam ritma puisi-puisi Saharamu
agar teguh madrasah cintanya berpaut ke putih cahaya.” -SAHARA JAIS