Buku

Jejak-Jejak Di Pantai

Penulis: Ibnu Din Assingkiri

ISBN: 9789670869506

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Buku ini ditulis kepada semua golongan pembaca dengan tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan genre puisi (sastera) kepada masyarakat. Pemakaian diksi yang sederhana yang kemudiannya diadun menjadi simbol-simbol yang sesuai, bertujuan untuk tidak terlalu menyeksa pembaca dalam menggali makna yang ingin disampaikan. Seni puisi itu keindahan untuk dinikmati pembaca, bukan untuk dibaca sendiri-sendiri oleh penulisnya atau hanya dibaca dan dinikmati oleh kalangan penulis dan penggiat sastera sahaja. Justeru, melalui himpunan puisi ini penulis mengambil pendekatan untuk tidak terlalu polos dan tidak pula terlalu taksa dalam mebina puisi-puisinya. Ibnu Din Assingkiri ingin melahirkan puisi-puisi mesra masyarakat dalam naskhah kumpulan puisi ini.