Buku

Izrail Sibuk Di GAZA

Penulis: Fahd Razy

ISBN: 9789674303570

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Antologi ini mengandungi 17 buah cerpen daripada 17 penulis anggota Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Kesemua temanya menghala kepada matlamat yang satu, iaitu mengangkat Islam sebagai agama yang hak, sama ada disedari oleh para penulisnya ataupun tidak.

Sesuai dengan latar penulisnya yang belajar di luar negara, selain mengangkat persoalan sejagat, hampir kesemua cerpen dalam antologi ini mengambil latar tempat di luar negara seperti Kaherah, Turki dan Gaza.

Cerpen “Izrail Sibuk di Gaza” menyajikan kisah Gaza. Disebabkan oleh banyak orang yang mati di Gaza, ‘adik’ yang tinggal di Gaza ingin menjadi Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia. Dengan itu ‘adik’ beranggapan bahawa dia tidak akan mati, secara tersiratnya.