Buku

Isu-Isu Ketahanan Nasional Malaysia

Penulis: Abdul Rahman Abdul Aziz, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhamed Nor Azman Nordin

ISBN: 9789674307004

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Lazada

Ketahanan nasional ialah satu konsep keadaan sesuatu bangsa itu yang memiliki ketabahan dan kekuatan untuk terus berkembang dalam menghadapi dan mengatasi segala tentangan, hambatan dan ancaman, baik yang muncul dari dalam negara mahupun dari luar negara, sama ada bersifat langsung mahupun tidak langsung yang boleh mengancam atau mengganggu-gugat integriti, identiti serta kelangsungan hidup bangsa dan negara. Oleh itu, apabila berbicara tentang ketahanan nasional ia akan membincangkan tentang keselamatan dan survivor.

Ibarat organisma hidup yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman, baik dari dalam mahupun dari luar, maka ketahanan sesebuah negara itu harus diambil kira dalam memastikan bangsa dan negara yang kita diami ini mampu untuk terus survive khususnya dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Maka dengan itu, kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian ini sememangnya sering berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh mengundang resah terhadap ketahanan nasional. Apatah lagi era globalisasi dan teknologi maklumat yang melanda dunia hari ini memudahkan segala bentuk urusan yang jika tidak diambil peduli akan memberi cabaran getir buat memperkukuh ketahanan nasional. Oleh itu, konsep ketahanan nasional ini harus diperbincangkan agar rakyat Malaysia memahami akan pentingnya konsep bernegara itu sebagai satu bentuk membina sebuah negara bangsa yang berdaulat.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial