Buku

Inspirasi Cinta

Penulis: Rozninah Abd. Azib

ISBN: 9789830688770

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

“Inspirasi” adalah suatu daya punca ilham yang mempengaruhi kehidupan. Manakala “cinta” merupakan suatu rasa suci yang sudah tersemi dalam sanubari semenjak dari azali. Apabila kedua-duanya bersatu, lahirnya sebuah manisfestasi dan kenikmatan inspirasi serta cinta yang sebenar di dalam jiwa manusia.

Inspirasi Cinta ini adalah luahan dan rakaman rasa yang disadurkan penuh kreatif oleh pengarangnya, menjanjikan seribu satu rasa. Unjuran realisme dalam kehidupan yang melatari hampir keseluruhan cerpen dalam naskhah ini mencuit jiwa halus untuk merasa dan berada dalam kehidupan silamnya.

Inspirasi Cinta, bukan cinta biasa-biasa… malah cinta yang mampu mencabar kebiasaan.