Buku

Inovasi Pendidikan Islam: Inspirasi & Transformasi

Penulis: Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Nursafra Mohd Zhaffar

ISBN: 9789674606015

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Buku ini berfokus kepada inovasi yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Suatu hal yang istimewa yang dibawa oleh para penulis buku ini ialah, mereka turut memuatkan contoh-contoh inovasi yang terdapat dalam al-Quran agar ia menjadi perangsang dan motivasi khususnya kepada guru-guru yang mengajarkan pendidikan Islam untuk turut sama menghasilkan inovasi. Contoh-contoh inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru pendidikan Islam turut termuat dalam buku ini. Inovasi yang dihasilkan mereka ini diiktiraf dengan penganugerahan anugerah guru inovatif peringkat negeri selain beberapa anugerah yang lain. Sahibba jawi, model simulasi waktu solat, skrol suci dan i-eco adalah antara contoh inovasi yang terdapat dalam buku ini dan boleh dijadikan panduan oleh para guru, khususnya yang mengajar pendidikan Islam. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan awal bagi para guru yang ingin menerapkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain menjadikannya sebagai inspirasi untuk menerapkannya di dalam kelas masing-masing.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial