Buku

Ikarus

Penulis: S.M Zakir

ISBN: 9789671231852

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Seorang lelaki yang percaya bahawa dia adalah keturunan dari bangsa di luar alam manusia, yang tanahnya muncul dari alam ghaib dan menjadi sebuah wilayah manusia yang terasing lalu menyatukan manusia dan bangsa alam ghaib yang bersayap. Atau sebenar ia adalah sebuah kompleksiti Icarus yang ingin keluar dari Labyrinth dan melahirkan ilusi yang tidak mengenal sempadan realiti lagi.

Novel ini sebuah realisme baru yang meletakkan sebuah realiti, tetapi kemudian melapisi realiti dengan lapisan demi lapisan sehingga realiti itu tenggelam hiang, yang tidak wujud adalah sebuah ketumpatan yang tidak terikat kepada ruang dan waktu lagi. Sebuah cinta sebuah realiti dan sebuah keinginan yang terapung dalam dunia Labyrinth yang tidak dikemukakan laluan keluar.