Buku

Kumpulan Puisi : Gugusan Puisi Langit

Penulis: Rajendra Nath Tagore

ISBN: 9789670869711

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sebanyak 67 buah puisi termuat dalam Kumpulan Puisi: Gugusan Puisi Langit ini – kesemuanya berpaksikan ketuhanan yang condong kepada aliran sufi. Muatan sebegini sengaja disuguhkan pengarang atas kesedaran bahawa insan sebangsa dan seagamanya semakin berbondong-bondong dihanyutkan serta dikoyakrabakkan oleh aneka kegawatan, khususnya yang berkait dengan moral, yang berpunca daripada keasyikan mereka melayan tuntutan nafsu. Lebih daripada itu, Kumpulan Puisi: Gugusan Puisi Langit ini mengajak anda kembali mengimbau rentetan perjuangan Rasulullah SAW dalam menghidupkan bumi hati yang mati, lantas menanam benih-benih tauhid yang teguh, iman yang kukuh, dan pelaksanaan Islam yang menyeluruh. Sebagai panduan pula, puisi-puisi dalam kumpulan ini turut menyinggung dan memberikan penekanan padu dan menyeluruh hal-hal tarbiah ruhiyyah. Esok aku ingin menyimpulkan kasih dalam relung cinta nilam mengahwini tujuh dimensi langit dari kulit, rambut hingga ke roh membawamu bersama nyawa asmara ke luas samudera cinta membina cita-cita.