Buku

Globalisasi Dan Nasionalisme Ekonomi Di Asia

Penulis: Anthony P. D’Costa
Penterjemah: Azman Ayub

ISBN: 9789674604530

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Penterjemahan

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Negara-negara asia yang pesat membangun begitu berjaya kerana melaksanakan strategi pembangunan negara, bukannya mengikut nasihat daripada barat. Dalam persaingan sengit dalam kalangan firma dan negara yang menjadi ciri globalisasi, developmentalisme baharu, iaitu nama yang saya berikan untuk strategi ini, nasionalisma ekonomi memainkan peranan utama, seperti yang ditunjukkan dalam buku ini dengan jelas sekali”.

-Luis Carlos Bresser-Periera, Profesor Emeritus Fundacao Getulio Vargas, Sao Paulo, Bekas Menteri Kewangan (1987), Menteri Pentadbiran Persekutuan Dan Pembaharuan Negara (1995-98) Dan Menteri Sains Dan Teknologi (1999), Republik Brazil.

“Nasionalisme menjadi teras dasar ekonomi yang diamalkan oleh generasi baru merdeka yang mencabar universalisme zaman kesedaran. Namun, tidak banyak yang ditulis tentang perkara ini. Buku ini membetulkan keadaan dan memaparkan beberapa bab sangat menarik tentang nasionalisme yang membolehkan kita memahami peranannya dalam pembangunan ekonomi dengan lebih jelas. Kita berasa terima kasih, menjadi lebih bijak dan lebih mengerti selain mendapat kepuasan intelek selepas membaca buku ini.”

-Mendiang Alice H. Amsden, Profesor Ekonomi Pembangunan Barton L. Weller, Massachusetts Institute Of Technology, Cambridge

“Dengan berpandukan pelbagai pengalaman di asia selatan dan asia timur untuk mengkaji semula wacana nasionalis ekonomi masa lalu dan kini, buku berharga ini memberi gambaran penting tentang persamaan dan kepelbagaian kapitalisme nasional pada zaman globalisasi. Secara keseluruhannya, buku ini mendorong kita memikirkan semula kepentingan dan implikasi keterbukaan ekonomi, integrasi antarabangsa, merkantilisme, agenda populis, strategi korporat, perusahaan milik kerajaan, dasar penswastaan, lokasi geografi dan ‘ruang dasar’ untuk negara pembangunan.”

-Jomo Kwame Sundaram, Penolong Setiausaha Agung Pbb bagi Pembangunan Ekonomi, Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Dan Sosial, New York.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial