Buku

Gila-Gila: Gaya dan Tema Kartun (1978-2008)

Penulis: MULIYADI MAHAMOOD

ISBN: 9789674602536

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 38.00 / 43.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Gila-Gila: Gaya dan Tema Kartun (1978–2008) menyingkap perkembangan kartun dalam majalah humor gila-gila semenjak kelahirannya pada 1 april 1978. Sebagai majalah ikonik bagi genre humor dan kartun berbahasa Melayu di Malaysia, Gila-Gila telah melahirkan banyak tokoh dan kartunis baharu serta telah berjaya meletakkan bidang dan profesion seni lukis kartun dan komik pada tempat yang tinggi. Majalah ini telah berjaya menghimpunkan nama besar dalam dunia kartun seperti Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein, Mishar, Rejabhad, Lat, dan Nan. Majalah humor ini juga menampilkan penulis-penulis satira tersohor seperti Pak Sako, Malungun, tokoh wartawan A. Samad Ismail dan Adi Alhadi untuk berkarya di bawah satu bumbung. Gila-Gila juga telah melahirkan kartunis-kartunis penting seperti Fatah, Don, Rasyid Asmawi, Long, Tazidi, Cabai, Aman, Ujang, Bor, Zunar, Lee Inas, Nudin, Imuda, Kerengge, Aza, Ambo, Asan, dan Aloy. Bagaikan sebuah institusi, Gila-Gila telah mengangkat martabat dan profesion seni lukis kartun berasaskan pendekatan yang bersifat kemelayuan dan beridentitikan Malaysia. Buku ini wajar dimiliki oleh para kartunis, pelukis, budayawan, pengamal media, pelajar dan masyarakat umum yang ingin mendalami bidang seni lukis kartun.