Buku

Ghairah Dunia Dalam Empat Baris: Sihir Pantun Dan Estetikanya

Penulis: Muhammad Haji Salleh

ISBN: 9789674603168

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 33.00 / 38.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Pantun ialah bentuk dan rupa budaya sastera yang paling menarik dan mengghairahkan – di wilayah dunia Melayu dan juga di Eropah dan dunia siber. Tertawan oleh bentuk ini Muhammad Haji Salleh mengadakan berbagai-bagai penyelidikan yang dilaksanakan di perpustakaan di London dan Leiden, di kampung dan kota, di Patani dan Ambon, di Sri Lanka dan Riau, selama tidak kurang daripada 40 tahun.

Pengarang menggeledah warisan purba ini dan cuba melakarkan amalan berpantun di beberapa daerah di dunia Melayu-Nusantara – termasuk di Perlis, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Kutai dan juga Ternate, Manado, Loloan dan Gorantalo, dan cuba melakarkan sihirnya. Hasilnya cukup berjaya melukis rupa dan jiwa bentuk kesayangan ini. Pengarang menggalur sejarah kelahiran dan perkembangannya, mengumpul dan membincang istilah `pantun’ dan padanannya dalam banyak bahasa dan dialek. Beliau memeta struktur dan jaringan bunyi serta muzik yang menawan penggubah dan khalayaknya, serta metamorforsisnya ke dalam bentuk lagu, pengkisahan, dan juga dalam bentuk antarabangsa, pantoum. Selain itu penggunaan pantun di Perancis, negara Eropah yang paling tertawan oleh bentuk ini, juga diberikan ruang khususnya. Pada pendapat beliau dalam bentuk pantunlah dapat ditemukan genius sastera bangsa-bangsa di dunia Melayu. Di sinilah juga kita dapat menatap roh bangsa-bangsa di Asia Tenggara, kehalusan perasaan, keakaraban dengan alam, dan di belakangnya, kecanggihan seni dan falsafah yang luar biasa. Esei-esei tentang estetika pantun ialah salah satu sumbangan unik beliau kepada pengajian sastera Melayu-Nusantara. Sementara itu esei-esei ini dapat dilihat sebagai di antara penerokaan terbaru dan terasli dalam kajian bentuk ini. Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh ialah sarjana yang sudah menulis puisi, kritikan dan teori selama 50 tahun. Beliau mengarang, menterjemah dan juga memperkenalkan sastera Melayu/Malaysia dalam 55 buah buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial