Buku

E-mel Untuk Merdeka

Penulis: Salina Ibrahim

ISBN: 9789674603281

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 28.00 / 33.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kanak-kanak aneka ragamnya. Mereka masih belum mengenal keperluan dan melebihkan kehendak sendiri. Mereka semakin arif berinteraksi melalui e-mel, telefon pintar dan tablet, serta mendepani hal-hal seputar persahabatan, kekeluargaan, pembelajaran, selain kemanusiaan. Meskipun begitu, mereka cepat belajar dan mengerti akan makna tanggungjawab.

Salina Ibrahim merakamkan 15 cerita kanak-kanak yang membesar dalam dunia moden yang pantas dan berkembang cepat dalam Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: E-mel untuk Merdeka. Mari kita menyelami keletah kanak-kanak dalam buku ini seperti EIsya yang suka berdrama sebelum ke sekolah, Alia yang berangan-angan menjadi puteri, Badarudin yang berlagak menjadi badang, Mia yang manja dan Ehsan yang tabah.