Buku

Drama Pentas; Johan Jaaffar

Penulis: Johan Jaaffar

ISBN: 9789670869513

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 38.00 / 43.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

“Inilah drama saya..”

Kumpulan drama pentas ini amat peribadi sifatnya. Ini merupakan hadiah saya pada dunia teater dan dunia seni amnya. Saya menyerahkan tujuh buah drama ini untuk tatapan semua orang, termasuk mereka yang mengenali saya dalam kerangka pembabitan saya dalam dunia yang bukan sastera. Saya menulis dalam pelbagai genre sastera - dari novel (tiga buah yang pernah terbit), novel kanak-kanak (tiga), cerpen (telah terkumpul dalam sebuah kumpulan), drama remaja (dua antologi) selain sajak, tetapi saya lebih dikenali sebagai dramatis - baik sebagai penulis , pengarah atau pelakon. Saya juga memilih drama TV (sebuah antologi telah diterbitkan) selain menulis skrip untuk sitkom (termasuk siri “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” yang popular di TV3).

Saya terhutang budi pada seni. Saya terhutang budi pada karyawan seni yang bersama-sama saya dari pertama kali saya saya di dedahkan pada dunia seni sehinggalah mereka yang terlibat secara langsung dengan syarikat yang saya menjadi pengerusinya hari ini - Media Prima Berhad. Saya telah melalui banyak zaman - dari era bangsawan, sandiwara, teater realistik, teater absurd, entah apa lagi. Pendedahan saya bermula sejak saya berusia 10 tahun. Saya menulis “drama” sejak di bangku sekolah rendah. Dari puluhan drama, yang telah saya hasilkan enam yang terkumpul ini mungkin bukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya drama-drama ini; i. dekat di hati saya, ii, banyak diperkatakan dan yang paling penting, iii, mampu saya kumpulkan.

Dalam ulasannya terhadap “Sang Puteri” yang dipentaskan pada 20 dan 21 Oktober 1979 di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, Dinsman menuls dalam Dewan Budaya (Disember 1979):

“Bagi orang yang mengikuti perkembangan teater Johan sejak ‘Kotaku oh Kotaku’ pada tahun 1975 nescaya mereka akan bersetuju bahawa dengan ‘Sang Puteri’, Johan telah berhasil menemui teater yang dicari dan dieksperimenkannya.”

Drama-drama ini sebenarnya manifestasi daripada pencarian yang panjan, menarik sekalipun memenatkan itu.

Pencarian sebenarnya masih belum berakhir.

-JOHAN JAAFFAR