Buku

Di Atas Bara Kita Berdiri (Puisi Pilihan Usman Awang 3)

Penulis: Usman Awang

ISBN: 9789674603045

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sasterawan Negara Usman Awang ialah penyair milik rakyat Malaysia. Maka oleh sebab itulah, tiga siri kumpulan puisi pilihan ini dikumpulkan untuk memperkenalkan susuk kepenyairan Usman Awang semula kepada khalayak penggemar puisi. Selain kembali menyuburkan rasa cinta dalam kalangan peminat puisi Usman Awang, siri ini juga menghulurkan tangan kepada pembaca yang baru ingin mengenali karyanya.

Manusia meninggalkan budi, penyair meninggalkan puisi. Di Atas Bara Kita Berdiri mengumpulkan puisi-puisi renungan hidup usman awang. Melalui puisi seperti “Zaman Ini”, “Melayu”, dan “Pantun Moden”, Usman Awang memberikan tafsirannya terhadap identiti bangsa Malaysia dan mengajak kita melihat sumbangan dan pemikirannya semula sebagai tokoh sasterawan di negara ini.