Buku

Di Antara Pusam dengan Pournami

Penulis: Mawar Safei

ISBN: 9789674605209

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sasterawan bukan sahaja menumbuhkan diri kepengarangannya. Sasterawan yang berjiwa besar ialah mereka yang menumbuhkan diri penulis lain, seramai mungkin. Antologi Cerpen Di Antara Pusam Dengan Pournami ini memuatkan 14 buah cerpen hasil ahli kelab penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) di bawah asuhan sasterawan mapan Zaharah Nawawi. Cerpen dalam antologi ini belum pernah diterbitkan di mana-mana wadah. Antara dorongannya adalah agar ahli kepezi terus berkarya dan melanjutkan legasi kepesi dalam perkembangan kesusasteraan melayu tanah air. Judul Di Antara Pusam Dengan Pournami merupakan tajuk cerpen yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi, pengasas KEPEZI untuk projek antologi ini. 13 penulis lain yang terlibat itu ialah Amir Hamzah, Beb Sabariah, Di Froz Sayhals, Haryati Abu Nasir, Hani Salwah Yaakup, Mawar Safei, Mohamad Kholid Hashim, Zawan Baba dan Zilkfili Khair, mereka menghidangkan pelbagai penjuru narasi yang antaranya melibatkan wilayah pendidikan, kekeluargaan, kemasyarakatan, sejarah, warisan dan kepercayaan.