Buku

Cebisan Mantera Terakhir

Penulis: Hasanuddin Md Isa

ISBN: 9789674300357

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Jamin, siswa tahun akhir di UKM buntu dalam menentukan tajuk tesisnya. Dalam peristiwa lain, kematian bapanya, Pawang Cha akibat disantau menyebabkan Jamin ingin mencari orang yang menyantau bapanya itu. Namun untuk berhadapan dengan pembuat santau itu, dia perlu mengetahui takat kekuatan ilmu bapanya sehingga bapanya dapat ditewaskan dalam ilmu kepawangannya. Jamin berjumpa dengan anak-anak murid bapanya dan mengutip setiap ilmu kepawangan yang pernah diajar oleh bapanya. Jamin menemui Pawang Ki untuk mengetahui lebih lanjut konsep ilmu yang pernah diamalkan bapanya, malangnya Pawang Ki tidak mahu berterus terang dan mengakui ilmunya sangat rendah, kemudian Jamin bertemu Pawang Yorr yang tinggal jauh di kawasan pendalaman. Bersama Pawang Yorr, Jamin membuat persediaan mengatur serangan balas terhadap orang yang menyantau bapanya. Jamin turut menemui Hj Samad, bapa sepupunya yang tinggal di Sungai Merab, Kajang, kerana Hj Samad pernah belajar ilmu kepawangan daripada bapanya. Ternyata Hj Samad menguasai ilmu yang ingin diketahui oleh Jamin tetapi masih tidak mencukupi.

Untuk mengetahui kesudahan pencarian Jamin ini, Cebisan Mantera Terakhir perlu dibaca. Walaupun novel ini kebanyakkannya berlegar tentang dunia kepawangan, ada sesuatu yang ingin disampaikan penulisnya. Yang “sesuatu” itulah menjadikan novel ini harus dimiliki oleh semua.