Buku

Cantuman Mimpi

Penulis: Hafiz Latiff, Sayidah Mu’izzah

ISBN: 9789674302207

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen, Drama Pentas, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Antologi ini adalah sebuah karya sastera yang perlu didukung terutamanya pada zaman anak-anak muda menjadikan penulisan sebagai saluran eskapisme liar dan peluahan perasaan yang cemar oleh tulisan-tulisan semi-porno, sifar nilai dan sifar etika. Ini terlihat terutamanya kepada golongan anak muda yang kononnya indie (independent) dan memanifestasikan kebebasan individu sebebas-bebasnya. Tulisan mereka akhirnya menjadi liar, melanggar tatasusila, cemar, merosakkan dan tidak bertanggungjawab. Ternyata antologi cerpen yang terhasil di tangan kelompok penulis muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Legasi Oakheart ini menjadi antitesis kepada golongan anak muda yang tidak terkawal tersebut. Malah cerpen-cerpen dalam antologi ini cukup kuat untuk mendirikan kerangka moral dan nilai yang asas kepada diri anak muda, sekali gus menyanggah eskapisme liar anak-anak muda yang tidak menemukan intipati agama dan moral dalam matlamat hidup mereka - S.M. Zakir - Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award 2011)