Buku

Cakerawati Teluki

Penulis: Tuah Sujana

ISBN: 9789674304225

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Pendidikan alternatif, jalan lain ke destinasi jaya. Jauh meninggalkan status quo. Paksi pelawan arus.

Setelah segala-galanya yang formal kacau dan meresahkan. Katakan tidak untuk sekolah, tidak untuk kelas-kelas terkurung. Syed Nafees, pemula kental. Perintis kompas ilmu, jejak nan baharu. Hanya Syed Adni pemberani. Bersekolah dari rumah; bukan sekadar falsafah. Tentunya lebih daripada itu.

Dan Kampus Teratai yang mewah ilmu, mewah plot kehidupan. Watak-watak hidup menyubur. Safura Hana, kelopak mekar-memetik iltizam, membangunkan cita. Memadamkan api nista, jua benih cinta. Fakulti Sains-Sastera; di sana balapan persaingan, tindan-tindih percekcokan. Di sini bakal teruji, siapakah lebih bestari?

Cakerawati Teluki, pilihan pentas tersendiri. Cakerawati Teluki, sebuah kerajaan hati.