Buku

Kumpulan Puisi: Bukan Riak di Lautan

Penulis: Abd. Rahim Omar

ISBN: 9789674603304

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

“Bak lautan sukar menduga arusnya walau pasti sudut lingkaran paras bulan dan pasang surut namun arah angin suhu dan kadar ketumpatan merentasi segala telahan.” Kumpulan Puisi: Bukan Riak di Lautan ini merupakan bingkisan kumpulan puisi kedua oleh Abd. Rahim Omar yang menyajikan pelbagai tema. Antara tema dalam puisi ini ialah agama, politik, cinta dan kehidupan, alam semesta, adat dan budaya. Kumpulan puisi ini dibahagikan kepada empat bahagian yang mengutarakan penghargaan kepada tuhan yang telah memberi anugerah-Nya, juga kepada laut yang mengajar penulis memesrai bahasanya. Penghargaan juga ditujukan kepada editor kerana telah menyiarkan sebahagian puisi penyair. Penghargaan yang tidak dilupakan juga ialah kepada isteri tercinta yang tidak jemu untuk memberi inspirasi kepada penyair untuk menghasilkan kumpulan puisi ini. Tema agama antara yang paling menonjol dalam puisi ini yang bertujuan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Manakala tema politik juga ditegaskan iaitu penyair menyeru agar masyarakat kini mementingkan dan menyayangi bahasa ibunda kerana bahasa menunjukkan bangsa. Diharap agar Kumpulan Puisi: Bukan Riak di Lautan ini dapat membentuk tamadun manusia ke arah kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.