Buku

Bukan Pilihan Akhir

Penulis: Suhaimi Jamaudin

ISBN: 9789670892320

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Bukan Pilihan Akhir ialah sebuah novel yang menampilkan watak remaja bernama Salleh, pelajar sekolah berasrama penuh yang terpanggil atas tanggungjawabnya sebagai daie, untuk menyelesaikan masalah lepak di sebuah pondok di kampungnya.

Namun, niat murni Salleh mengundang pelbagai konflik dalam hidupnya. Apabila Salleh bergaul dengan mereka, Salleh telah terjebak dengan konspirasi kumpulan penagih dadah. Kejadian tersebut berlaku ketika dia pulang bercuti. Akibatnya, dia terpaksa melarikan diri dan berlindung di sebuah sekolah pondok. Salleh kemudiannya memilih untuk terus menuntut di situ sehingga berjaya melanjutkan pengajiannya ke Yaman dan pulang sebagai ahli agama yang disegani.