Buku

Bijak Si Katak Bijak (Bahasa Jepun)

Penulis: Siti Zainon Ismail
Penterjemah: Yoshio Sakai, Sae Yamamoto, Faridah Mohamed

ISBN: 9789674302962

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Kanak-kanak, Pendidikan, Kanak-kanak

Beli Online:

Lazada Shopee

Selepas Siti Zainon Ismail menghasilkan buku bergambar Kasih Bonda-Kampung Paya Kami (2009) dan 100 Pepatah Pepitih Melayu (2010), ada desakan lain muncul, iaitu cerita binatang yang disukai pengarang, iaitu melihat katak melompat.

Pesan neneknya, “katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanya sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung.” pengarang terfikir betapa bijaknya katak, bukan seperti bidalan lama hanya bagai “katak di bawah tempurung”. Katak hanya lambang; untuk anak-anak kita menjadi bijak, suka belajar, menulis dan membaca. Katak juga melalui kehidupan; berkebun, memancing, dan bercita-cita ingin terbang. Semua katak dalam cerita ini, dilukisnya berbaju cara Melayu; memakai sarung, baju kurung, bersongkok, bersanggul serta turut belajar silat dan menari piring. Inilah kehidupan budaya warisan yang mengalir dalam cerita bijak si katak bijak oleh Siti Zainon Ismail, pelukis dan penyair wanita Malaysia.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial