Buku

Berkelana

Penulis: Hashim Zabidi

ISBN: 9789674301101

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Berkelana mengisahkan Tok Mat Amin anak watan Kampung Pagar berketurunan Tok Baginda Demu yang membuka Kampung Halaman di Yong. Beliau berhijrah untuk mengembangkan ilmu yang dipelajarinya. Beliau mudik ke Sungai Lipis dari Kampung Pagar, Penjom Kuala Lipis hingga ke satu tanah lapang yang kemudian dinamakan Kampung Tanjung Aur di Daerah Raub. Di situ beliau membuka Kampung Tanjung Aur dan Kampung Tersan. Anak buahnya bersemenda dengan keturunan Tok Mansor Orang Bugis dan Tok Koris. Tok Koris pula berasal dari Kelantan berkahwin dengan Tok Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim yang berhijrah ke Budu dan bernaung di bawah Mat Kilau. Bagaimanakah Tok Mat Amin berjaya menyatukan mereka dan menjadikan kampung-kampung yang bercambah selepas itu sebagai sebuah mukim? Bagaimana pula beliau dilantik menjadi penghulu, imam dan pawang mukim Sega? Dan apakah pentingnya konsep ‘Datuk Empat, Moyang Lapan’ yang yang sering beliau ingatkan kepada anak buah dan cucu-cicitnya?