Buku

Bercerita Dengan Daun-Daun

Penulis: Jamaludin D

ISBN: 9789674305772

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku yang menghimpunkan 93 buah puisi yang menganjurkan manusia ke arah penyerahan diri kepada Allah S.W.T serta mengabdikan diri kepada setiap suruhan perintah dan larangan-Nya. Lalu dalam kehidupan di dunia ini kita sentiasa bergerak mengatur perjalanan kehidupan di dada bumi ini. Kitalah pengembara dari satu musala ke satu musala dan menerapkan waktu-waktu solat itu mengikut perintah-Nya bersama ketentuan yang tepat.

Bercerita dengan Daun-daun merangsang manusia ke jalan tekun usaha bagi mencapai setiap impian. Belajar dengan gigih untuk menjejakkan kaki ke universiti dan berjaya melawan arus gelombang hidup penuh untuk memartabatkan diri. Negara perlukan kita.

Cintailah keluarga, sesama insan dan kukuhkan tunjang persahabatan demi melestarikan kehidupan bersama di tanah air tercinta. Dialah Kekasih kita, Allah Azzawajalla. Dari musala ke musala mendekatkan diri kepada Allah, kerana daripada-Nya terhimpun segala barakah untuk kita nikmati. Untuk mencapainya, terserahlah kepada kita untuk melagangnya.