Buku

Bayang di Bilik Tidur

Penulis: Susan Martineau

ISBN: 9789830688909

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 10.00 / 15.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Berseronoklah semasa waktu tidur dengan bermain lampu suluh, membuat muslihat cermin dan bayang gila-gila!

Terokai alam sains dalam kehidupan seharian di bilik tidur dengan membuat uji kaji mudah. Kamu tidak memerlukan sebarang peralatan khas, malah arahan langkah demi langkah yang lengkap telah disediakan. Semua uji kaji ini diterangkan dengan jelas dan ringkas dari sudut sains.

Terdapat juga fakta menarik dan soalan kuiz untuk merangsang minat ahli sains muda selain glosari khusus ‘tambahkan kosa kata sains kamu’ pada halaman akhir buku ini untuk menerangkan perkataan sains yang agak sukar.