Buku

Awan Menggulung Banjaran

Penulis: Mohamad Kholid Hamzah

ISBN: 9789674603526

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Zaim, wartawan yang dihantui kenangan telah kembali ke Lembah Bertam di kaki Banjaran Titiwangsa untuk mencari Orang Semai Bah Renyis. Cenan, perwira dan pejuang Orang Asli bersikap dingin dan sinis terhadap hasrat Zaim.

Kemunculan nama Asik menyentakkan mereka berdua. Mereka mengerti bahawa mereka harus kembali berdepan dengan banjaran duka dan masa lalu.

Siapakah Asik yang sering mengganggu tidur malam Zaim dan menggigit ketegasan Cenan?

Awan tebal yang meliputi banjaran banyak menyembunyikan kisah.
Kisah Orang Asli yang bernafas di celahan banjaran dan bukit-bukit.
Kisah mereka yang memilih menjadi gunting dalam lipatan.
Kisah kampung yang hilang dalam satu malam.