Buku

Asas Sains: Daya dan Pergerakan

Penulis: Claire Llewellyn
Penterjemah: Nur Hayati Buhri

ISBN: 9789830685939

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 8.00 / 10.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Sains

Beli Dalam Talian:

Asas Sains merupakan buku sains pertama untuk murid Tahap Satu yang diterbitkan khusus untuk membantu pembelajaran dalam kerja sains.

Tajuk ini menggalakkan kanak-kanak untuk menerokai pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menggerakkan badan dan membandingkan pergerakan tersebut dengan ular yang menyusur atau kucing yang menyelinap. Mereka diminta untuk memikirkan pelbagai pergerakan benda di sekeliling mereka, contohnya bulatan yang bergerak secara berputar, jangkang-jongket yang naik dan turun. Konsep menolak dan menarik didedahkan dan kanak-kanak digalakkan untuk merasai sendiri pergerakan tersebut.

- Teks yang ringkas, gambar foto khas dan reka bentuk yang menarik.
- Soalan menggalakkan kanak-kanak untuk menyatakan pandangan mereka tentang topik sains.
- Kata kunci dijelaskan dalam bahagian kosa kata.
- Nota tambahan untuk ibu bapa dan guru.
- Carta digunakan mengikut kesesuaian.