Buku

Antologi Puisi: Kita Orang 3 Beradik

Penulis: Aladin Mohamad, Rosly Mohamad, Razali Mohamad

ISBN: 9789670798806

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buat julung-julung kalinya, gabungan karya tiga beradik mewarnai sebuah buku puisi. Keistimewaan inilah yang menjadikan himpunan puisi ini sebagai buah tangan berharga yang perlu dihayati oleh khalayak pembaca.

Ketiga-tiga mereka walaupun bersaudara, mempunyai kecenderungan yang berbeza.

Aladin Mohamad-beliau menitipkan tema rakyat bawahan dan alam.

Rosly Mohamad- beliau mengangkat tema perjuangan bahasa dan bangsa.

Razali Mohamad, beliau menyerlahkan perihal diri, keindahan dan alam.

Walaupun temanya pelbagai, ketiga-tiga saudara ini berhasil merakyatkan puisi-puisi mereka dengan laras bahasa langsung yang mudah difahami dan komunikatif.