Buku

Antologi Puisi 2 Wanita: Takwim Bicara

Penulis: Shamsiah Ismail, Dalina Ismail

ISBN: 9789674603212

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, “masa itu kehidupan”. Sejak bermulanya penggunaan “takwim” oleh masyarakat primitif Sumeria, Babylon pada zaman tamadun awal sehinggalah pada zaman sekarang, manusia telah memanfaatkan takwim dalam pelbagai cara dan bidang. Keberhasilan Shamsiah Ismail dan Dalina Ismail bergabung bakat dan idea dalam bentuk takwim puisi sememangnya memberikan impak yang besar terhadap perkembangan dunia penulisan kedua-duanya. Berlainan bidang kerjaya bukanlah tembok konkrit yang tidak dapat dirobohkan. Shamsiah Ismail yang merupakan guru dan penggiat sastera dan pembimbing minda luar sedar, telah membuktikan bahawa selain daripada bakat dan minta, keserasian bersama juga penting untuk menghasilkan sebuah karya bersama yang matang. “Saya kagum dengan kesepaduan minda yang memberikan roh kepada antologi ini.” (Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad) melengkapkan keunikan naskhah Antologi Puisi 2 Wanita: Takwim Bicara ini ialah beberapa ilustrasi yang terhasil daripada pemikiran luar sedar Dalina Ismail yang dialirkan melalui lakaran-lakaran tangannya. Setiap lakarannya mempunyai maksud yang tersendiri berasaskan tenaga isi kandungan puisi tersebut yang dinamakan “energyscape”.