Buku

Aku Anjing

Penulis: Saifullizan Yahaya

ISBN: 9789674607263

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Pada awalnya, buku ini saya namakan dengan Aku Anjing, yakni setelah membuat pilihan daripada 15 buah cerpen yang terdapat di dalamnya. Setelah penilaian, saya mendapat khabar yang manuskrip ini akan diterbitkan dengan pilihan judul yang baharu. Saya mencadangkan dengan Aku A, iaitu dengan mengekalkan judul asal tetapi lebih “lembut” daripada judul awal. Namun, akhirnya saya diberitahu bahawa judul awal tersebut dikekalkan.

Maka pada anda sekaranglah menjadi penentu sama ada judul ini sesuai untuk mewakili keseluruhan cerita dalam kumpulan cerpen ini atau anda ada judul yang paling sesuai untuk buku ini. Anda sebagai pembacalah yang menentukannya.

- Saifullizan Yahaya