Buku

Air, Kertas, Warna

Penulis: Heather Smith Jones

ISBN: 9789830688404

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Buku ini untuk orang yang kreatif dan ingin menimba pengalaman serta bermain dengan cat air. Sama ada anda pelukis baharu mahupun yang mempunyai latar belakang dalam bidang lukisan, media campuran, tekstil, jurnal, seni kertas, atau media kreatif lain. Air, Kertas, Warna menyuntik ilham yang berpanjangan, apabila anda mewarnakan poskad lama, belajar cara membuat lapisan stensil, melukis berdasarkan gambar foto, mencipta karya alam benda, atau mencetak dengan daun.

Buku ini bukan sekadar mengajar cara melukis mengikut kaedah, tetapi turut menawarkan gabungan projek dan latihan kreatif yang unik menggunakan cat air. Reka bentuk yang kontemporari dan bersih serta imej cat air yang mewah berupaya membangkitkan perasaan seorang pelukis. Setiap projek yang dipaparkan dalam buku ini meneroka pelbagai kaedah, permukaan, dan pendekatan terhadap catan yang abstrak dan realistik.