Buku

Affrini Adham: Sasterawan Bukannya Raja

Penulis: Affrini Idham, Osman Ayob

ISBN: 9789674300760

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

Beli Dalam Talian:

Buku ini ditulis oleh Affrini Adham. Affrini menyingkap kembali kenangan-kenangan beliau sewaktu kecil dan membesar menjadi seorang remaja. Pelbagai kisah suka dan duka dimuatkan dalam buku ini. Affrini mengimbas kembali pelbagai kisah yang dilalui beliau sewaktu kanak-kanak, zaman persekolahan dan kenangan tatkala usianya mulai menginjak remaja.

Namun, sewaktu menulis naskhah ini, Affrini digelut dengan keuzuran. Dalam keadaan uzur, beliau tetap menggagahkan diri untuk merakam kembali kisah hidup beliau. Pun begitu, semangat Affrini untuk menulis tidak mampu melawan takdir tuhan. Beliau tidak sempat menghabiskan penulisan naskhah ini kerana Tuhan telah menjemput beliau. Menyedari akan pentingnya naskhah yang sudah separuh siap ini, rakan karib Affrini, Osman Ayob telah mengambil tanggungjawab menyudahkan apa-apa yang telah dimulai Affrini.

Buku ini ialah sebuah catatan yang merakamkan kenangan-kenangan dan sumbangan Affrini Adham; seorang sasterawan yang tidak mahu menjadi seorang raja.